Pages

Senin, 19 Juli 2010

Sejarah Islam di Turki


Thanks Sue for this postcard


Jika diri ini diberi peluang untuk memilih Negara untuk dilawati, saya bercadang untuk ke TURKI. “What Negara secular tu? Ko nak g sana buat ape syeikh” antara ngomelan teman sebilikku. Well bro ada beberapa perkara yang menyebabkan aku tertarik untuk kesana. Turki terletak di antara dua benua (eropah dan asia) ia pasti memiliki pertembungan budaya yang hebat dan mengagumkan. Walaupun kini ia adalah sebuah Negara secular, tetapi terdapat banyak sejarah islam yang agung dan masih terpelihara dia Turki. Kata seorang sahabat baikku yang baru balik berkunjung ke TURKI ia memiliki budaya yang luar biasa dan sejarah terbentuknya Negara berkenaan turut menambat hati bagi pengkaji-pengkaji sejarah dunia islam.


Ankara merupakan ibu kota Turki, dahulunya ia memiliki pemerintahan sultan tetapi kini pemerintahannya telah bertukar kepada pemerintahan Romawi. Dahulunya Turki diberi nama Constantinople. Ia adalah dorongan hadis Baginda Rasulullah s.a.w: Ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
| Hadis riwayat Imam Ahmad |

Raja yang berani itu telah merebut Constantinople dari tangan Rom dan menukar nama menjadi Istanbul. Siapakah beliau? Beliau merupakan Sultan Muhammad Al-Fateh. Semenjak itu Turki diperintah oleh kesultanan Utsmani. tinjauan sejarah kita untuk Turki selesai. Sekarang beralih kepada sebab-sebab mengapa Turki menarik hatiku..

• Memiliki bangunan yang indah-indah
Saya termasuk orang yang mengagumi bangunan (menyukai sejarah suatu bangunan, mengagumi bentuknya, mengagumi senibinanya, warnanya, kegunaan bangunan tersebut.. Disini saya akan ceritakan mengenai senibina masjid di Turki. Masjid di Turki sangat istimewa, berbeza dengan masjid di wilayah lain. Keistimewaannya dapat dilihat dari bentuk kubah dan menaranya, jenis bahan bangunannya. Kubahnya melekat di atas bumbung, penuh menutup atap (oh, I don’t know how to describe it). Menaranya tinggi kurus, tirus seperti pensil yang telah diasah. Sangat berbeza dengan masjid-masjid yang berada di Iran, Iraq, India, dan daerah sekitarnya (kala masjid di Iran Iraq tu biasanya depannya ada gerbang kotak besar dengan entrance berbentuk lengkungan). Ni contoh-contohnya :

1. Blue mosque (Topkapi Palace). Lihat tu indahnya, selain fungsinya sebagai masjid Topkapi Palace juga merupakan museum. Di situ terdapat benda-benda milik Rasulullah s.a.w, misalnya saja ada tempat kohl (celak) Rasulullah s.a.w, ada jejak kaki Rasulullah s.a.w, pedang, jubah, hingga rambut Rasulullah!!! Subhanallah…rindu kami padamu ya Muhammad s.a.w. Allahumma shalli ‘ala Muhammad!


Jika mahu masuk ke Topkapi Palace (khususnya bagi wanita) harus berpakaian menutup aurat, kalau tidak nanti akan ditangkap oleh polis

2. Haghia Sophia (baca= Aya Sofia). Dulunya adalah masjid kemudian kembali menjadi gereja kemudian (setahu saya) menjadi masjid kembali dan kemudian yang terakhir bertukar menjadi museum.

• Kotanya exotic…
Well…lihat saja susunan kota yang rapi lagi disusun oleh bangunan yang cantik dan kotanya dibelah oleh selat Bosphorus…I’m speechless. Keindahan suatu kota boleh dilihat dari susunan bangunannya yang padu, rapi, tersusun, dan yang utamaya : BERSIH. Setahu saya, dulunya selat Bosphorus adalah selat yang sangat kotor dan memerlukan waktu hingga 10 tahun untuk dibersihkan hingga menjadi seperti kini yang keindahannya kini boleh dinikmati oleh semua orang.

3 komentar:

  1. Awalnya diberi nama Islambol setelah penaklukan, yang artinya Islam Sepenuhnya atau Islambul yang artinya temui dalam Islam lalu berubah menjadi Istanbul yang artinya didalam kota(1453).

    Dari sebuah Gereja Katedral Basilika(Hagia Sophia) kemudian berubah menjadi Masjid (Aya Sofia) lalu menjadi Museum.

    Saya sepertinya mengenali gaya penulisan ini,hhmmm...mungkin saya salah Straight Edge

    BalasHapus
  2. nice blog
    semoga di suatu hari saya bisa berkunjung kesana. amin

    BalasHapus
  3. Saya masih berada di Istanbul. Maklumat anda tentang Topkapi Palace tidak tepat. Ianya adalah lokasi berbeza dengan Blue Mosque...tetapi terletak berhampiran. Topkapi Palace ialah kediaman para sultan pada zaman kesultanan Othmaniah. Manakala Blue Mosque adalah masjid yang dibina oleh Sultan Ahmed untuk menyayaingi kehebatan senibina Haghia Sophia. Ini bagi meembuktikan kemampuan dan kehebatan orang Islam pada ketika itu.

    BalasHapus